Blog budak semesta telah ditukarkan kepada blog alumnismstamanong atas permintaan setiausaha alumni sdra baijuri.Pertukaran ini bagi mengambarkan bahawa kelab ini betul-betul bersemangat untuk bergerak.
Dan kepada kawan-kawan memberikan cadangan serta slogan untuk kelab ini.
Ahad, 20 Disember 2009
Rabu, 16 Disember 2009
PENAJA PENUBUHAN ALUMNI SEKOLAM MENENGAH SULTAN TAJUL ARIFFIN,MANONG.
Pada 15hb Disember 2009,bertempat dibilik mesyuarat UMNO Bhg Kuala Kangsar,telah diadakan mesyuarat penaja bagi penubuhan persatuan bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Tajul Ariffin Manong.
Sekolah ini telah banyak melahirkan tokoh-tokoh yang terkemuka dan kini dimerata pelusuk negara.
YB Adun Manong,Dato Hj Ramly Zahari telah bersetuju sebagai penaung kelab ini dan dibantu oleh En Ismail Mokhtar,tokoh korporat dari Kg Ara Panjang.
Perbincangan antara ahli telah diadakan dan ada yang mencadangkan untuk diberi nama persatuan bekas-bekas pelajar sultan tajul ariffin manong.Ada ahli yang menyangah kerana nama ini terlalu panjang dan kiranya boleh dipendekkan.Maka dengan itu tercetuslah ilham untuk diberi nama "alumni semesta".
Pengerusi PIBG SMKSTA Manong,telah menyatakan bahawa kelab seperti ini belum pernah ditubuhkan waima oleh mana-mana pihak.Kiranya ada adalah diluar pengetahuannya dan bergerak secara persendirian ataupun haram.
Pengerusi mesyuarat pada hari tersebut ialah Sdra Azizul Rahim b Abd Rahman,dari Kampong Ara Panjang dan setiausaha ialah Sdra Baijuri.
Ini merupakan mesyuarat awal dan insya allah beberapa siri perjumpaan lain akan diadakan.
Mana-mana sahabat yang ini turut serta dalam alumni ini adalah dialu-alukan seumpama nyiuru ditadahkan.

Langgan:
Ulasan (Atom)